Monday, December 19, 2011

Tonton SONGLAP..Bikin Aku Nak LOLAP...

Antara filem Ombak Rindu yg dikhabarkan dah cecah RM10juta..aku lebih teruja utk tgk Songlap. Malaih ler nak tgk citer yg tangkap leleh nie. Baik tgk citer yg x perlu aku beremosi lebih2. Songlap jadi pilihan. Sokong citer Malaysia beb!

Filem ini dikategorikan utk 18 tahun ke atas shj okehhh. Mmg sesuai sangatlah dikategorikan mcm tu, mmg x sesuai langsung utk kanak2..walaupun pegi dgn parents, tp better x payah bwh anak2 ok. Mmg dr awal sampai akhir...semua benda negative yg tidak sesuai langsung dgn kehidupan org melayu n Muslim.

Cerita mengisahkan 2 org adik beradik nie..saheizy n safwe..

Diaorg ni buat keje haram. Jual baby. Keje ngan sorang nyonya yg diaorg panggil Mama.

Itulah keje diaorg utk tampung hidup. Duit haremmm. Kwn2 pun..drug addict..kaki judi..


*kredit photos to Mr. Google

Ada adegan 18sx. Aishhhh..malaih nak ceritalah. Tak pegi tengok pun tak rugi.

Keseluruhan cerita sgt perlahan. Isu2 yg diketengahkan sgt2 -ve. Rasanya mmg xda unsur +ve pun dlm filem nie. Ending yg takda ending. Maybe producer ada plan utk buat Songlap2. Cuma hujung2 nak abis cerita tu barulah ada aksi2 yg x membosankan. Kredit to all actors and actresses..coz skill acting diaorg sangat2 bagus tapi sayang berlakon utk filem yg tak berapa baik.

*Tonton drama kat TV lagi best dr menghabiskan duit tonton wayang.

Wednesday, December 14, 2011

Kuala Pilah & BR1M...

Apa significannya Kuala Pilah & BR1M?? Apakah bendanya BR1M??

Setiap kali cuti panjang, sbg contoh cuti sempena besday Sultan Sgor baru2 ni..kompem aku akan balik kg. Dan setiap kali balik kg..kompem aku akan g jln2 ke Pekan Kuala Pilah(KP). Baru2 ni abah aku ajak g KP, katanya nak jalan2 n nak beli stok brg2 dapur. Aku pun ok jer.

Kat KP lah cerita BR1M bermula. Kan sekarang sana-sini heboh tentang benda ni. BR1M sama dgn Bantuan Rakyat 1Malaysia. Duit subsidi RM500 akan dibagi kpd keluarga yg berpendapatan kurang dari RM3000.

Yang abah aku pulak, jalan sikit jumpa mmbr2 pencen dia..bla..bla..bla..citer psl BR1M. Dia pun mcm konfiden x konfiden jer. Mcm2 persoalan dia. Boleh mintak ker?? Boleh dapat ker?? Jumpa kwn 1 x heran sgt. Jln2 lagi..jumpa kwn 2..bla..bla..bla..citer benda yg sama. Kwn2 sumer kater..'alaaa mintak jer, cubaaa..dpt x dpt blkg citer'. Tgk muke abah, muke xcited! Ha3..jln2 lg jumpa kwn 3..still ckp benda sama. Kali ni abah terus tanya 'ambik borang kat mana?'. Kwn 3 bgtu 'kat LHDN'. Abah 'LHDN kat mana?'. Kwn 'kat Tabung Haji tingkat 2'. (dialog telah dialih bahasa ke bahasa KL..he3).

Kitaorg pun sambung jln2. Tetiba abah bgtu 'Abah rasa abah nak g ambik la borang tu..'. Dah agak dah!! Mesti dia nak g ambik. Padahal kakak aku dah ambik form tu dah. Aku ikut jer. Kitaorg g LHDN. Sampai sana...punyalah ramai orang..

Nasib baik nak ambik borang x perlu beratur. Ambik dekat guard dia jer. Kitaorg just ambik form. Then keluar. X sanggup nak berhimpit2. Abah pulak, terus g kedai potostat..photostat IC..nmpk sgt keterujaan dia har3. 'Cuba jer' kata dia..kalo dapat alhamdullillah.

Dah settle hal BR1M tu, perut pun lapar. Perkara wajib kalo turun KP ialah..makan ROJAK AYU. Lokasi..dekat ngan pasar KP. Memang femes tmpt nie. Dan rojak dia..best in the world lah..


Berbalik pd kisah BR1M nie. Harap2 kerajaan MSIA ada mekanisma utk pastikan mrk yg layak jer boleh dapat bantuan tu. Sebabnya ramai sgt yg mtk, dan aku jugak dpt info ada yg bergaji RM14k pun apply..camno tu???

*nak cuba gak lah mintak..:)

Friday, December 2, 2011

Sale..Sale..Sale...

Lunch yg panjang pd hari jumaat mmg disukai oleh wanita2 kat opis aku. Har3..it's soping time!!! Nak2 dah hujung tahun..punyalah byk clearance sale..sana-sini buat potongan hage..dan hari ini, aku n kakak2 kat opis nie menerjah 2 tempat yg buat clearance sale..

Pertama kitaorg g Nutrimetics..mmg dekat pun ngan ofis, so kenalah pegi jenguk kan..tgk apa2 yg patut yg boleh dibeli, kdg2 yg x patut pun terbeli sama..

mmg sale giler2..

murah kan?? lepas diskaun 5 hengget jer..masa pegi td takla ramai org sgt, maybe diaorg x tau psl sale nie..jd takla berebut2 kat kaunter..

cekidout apa yg aku rembat..x byk pun, beli brg 5 hengget jer..make-up2 x beli pun sbb stok byk lagi..

Barang 1..ladies wallet, hage asal rm59.90 lps diskaun RM5.. :)

Barang 2..cosmetic bag, hage asal rm29.90..5 hengget jugak, i like tis one!

shantek beg ni, smpi opis trus transfer brg2 make-upku..babai bag lama...ha3, beg sogo jer...

Lepas perabihkan duit dan masa kat sana..balik opislah. tapi on d way balik tu ternampak pulak yg ini..

Byk gaklah jual brg2 elektrik..murah gak lah kot..kot lahh..:)

Antara brg2 yg ada diskaun...ada byk sebenarnya..


Aku tak beli ape2 pun sbb mcm xda kepentingan utk membazirkan duit beli brg2 elektrik, pakai je apa yg sedia ada kat umah. Lepas ni mmg akan byk lagi sykt2 buat clearance sales, sempena ujung tahun, sempena cuti sekolah, sempena krismas pastu sempena tahun baru pulak..mmg kena byk sempena..dan sempena dgn itu pesanan aku BERBELANJALAH DENGAN BIJAK YE KAWAN2! :)