Thursday, December 29, 2011

Family Day Untuk Tahun 2011...

Family Day season 2 @ Pengkalan Balak (PB) baru2 ni sgt seronok. Tarikh kejadian 24-25 Dec 2011..25 Dec Krismas day..jatuh hari Ahad..so bwk ke Isnin..bermakna Isnin cutiiiii!!!


Chalet yg jd pilihan ialah Chalet Darul Aslah. Ini kali kedua aku ke PB..dan sesatttt!!! Har3..gelakkan diri sendiri. Dah 2 kali pegi pun duk cal sana-sini tanya jalan. 1st time pegi folo kete member. Memang tak arr nak tgk signboard..nak tgk nama jalan..mmg tgk kete depan jer. Kali ni pegi baru lah tehegeh2 nak tgk nama2 kg..nama2 jalan..cal cousin tanya jalan..berpusing2 ikut s/board tapiii at last sampai jugak tmpt dituju.


Sampai2 tgk my kuzzie a.k.a Krel dah standby kat registration table, jaga kunci. Tak ramai lagi yg sampai baru 2-3 family. Xtvt ptg tu..free. Suka ati korang nak buat apa. Nak mandi..nak tido..up to them. Tapi hajat utk mandi laut utk ptg tu terbatal dgn jayanya sbb..HUJAN dah turunnnn…



Sebab xleh nak mandi pantai. Masa diisi dgn menjamu selera. My makciks bwk foods for tea ptg tu. Ada mee goreng, kueh mueh, pulut & rendang. Sebab hujan dan sejuk..perut mmg cepat lapar.



Malam pulak asalnya nak solat berjemaah n tahlil sekali. Sebab hujan lebat sgt n surau pun basah, plan terpaksa dibatalkan. Cuma at 8pm kami gather2 kat hall utk bbq dinner. Sebelum tu sesi tahlil n doa selamat ringkas lead by Pakteh. BBQ is ready..and yg lain2 pun dah lama ready utk berbbq. It’s BBQ time…



Sambil2 BBQ..sambil2 karoks. MC for the night ialah my kuzzie @ Krel.

Nice job bro!
Ada competition lagik..juri pun ada..ala2 AF lah..nak masuk AF tak layak..ha3..Ni antara yg join the karoks contest..
(ini juri..kena nyanyi 1st b4 contestant)

My SIL..berdangdut..


Ni plak..hubby to my SIL..he3..my brother lor...


The rest...



In between, ada lucky draw.

In between jugak, ada selingan acara serasi bersama. Yg menjadi mangsa PakMan & CikWok dan PakTeh & Ateh. Very funny bila Mr. MC tanya soklan yg mengimbau kenangan2 lama. Antara soklan2 yg diajukan..tarikh nikah..kaler baju masa sanding..1st date..most valuable gift. Ada yg dapat jwb..ada yg x brp nak tepat jawapannya..tak kisah pun..just for fun jer.

Mlm tu xtvt penuh dgn karoks..lucky draw..teka teki sbb ada hadiah lebih jadik nya kena la perabiskan hadiah yg ada dgn berteka-teki.

Dan malam tu jugak aku telah berkaroks lagu KENANGAN TERINDAH..duet with my makcik. Tak tau lah sedap ke tak suara ku itew..kih3…dan lagu itu jadi lagu penutup utk karoks session.

End of day 1

Day 2 starts with breakfast lah dulu. Sebelum ke acara sukaneka. Kena makan baru ada tenaga utk bersukaneka. Layan pics jer lah…

Ni antara sukan untuk kanak2…



Ni plak games for couples…

Antara games utk org dewasa…



Acara sukan dan mandi-manda selesai dlm kol 11 pg. Nak kena cek-out around 12 noon. Paling lambat pun 12.30 lah. So dlm jam 12.00 tu everybody dah kumpul2 kat hall utk acara penyampaian hadiah sukaneka.

Habis bagi2 hadiah, semua berkumpul utk acara ambil gambar beramai2 sebelum masing2 bawa haluan sendiri. One..two..three….action!



Abis program, my family decided utk pegi Dataran Pahlawan. Saje nak jalan2. Konon2 nak pegi lah jln2 kat Bandar Hilir. Nak naik bot kt Sg. Melaka. Tapi mood terus berdesuppp hilang sebab JAMMED!!! Sgt tension bila dr PB nak ke Melaka town ambik masa almost 1 ½ hrs. Patut2 boleh sampai dlm 30mins jd berejam2. Tgk tu, kereta berderet…lotih!


Dah nmpk mahkota parade kat sebelah kiri, tapi kete tak bergerak2. Tak ke tension jadiknya.


Kensel niat nak jalan2 kat Melaka. Decided utk carik kedai makan for lunch. Baru aku tahu..betapa susahnya nak carik kedai makan Melayu kat Bandaraya Melaka. Lagi satu benda yg susah..PARKING. Lepas dua tiga kali lalu jalan yg sama..jumpalah kedai nie..SEKINCHAN @ MELAKA.


Sebabkan niat nak jalan2 telah terbatal. Kami plan utk terus balik. Abah pun tak berapa nak sihat. Kesian pulak tgk dia.

Balik..kitaorg exit Air Keroh. Adusss, menyesal tak sudah ikut jalan tu. Jammed jugak. Sebab jam, ramai sgt org parking kat tepi2 jalan sebab nak masuk ke zoo. Pelik betul, knplah bukan hari lain diaorg pegi zoo, kenapa hari ini? Kenapa? Kenapa?..emosi jap..Kat tol pun jam!


Masuk hway, nasib baik jalan clear. Utk balik KP kitaorg ikut Tampin.

Alhamdullillah..kitaorg selamat sampai rumah dlm jam 8 malam, slps mengharungi jammed sana sini. Walaupun penat..tapi tetap happy dapat bersantai bersama2 kaum keluarga. InsyaAllah, kalau umur panjang..tahun depan dapat berkumpul lagi.
Malam BBQ tu kan semua dapat lucky draw kan…nak tgk aku dpt ape tak??

Jeng..jeng..jeng…

Kotak??


Kasut ker??
Macam kasut lelaki jer…aku pompuan..hu3..

Sangkaan anda melecet..bukan kasut…
Tapi…
...
...
...
...
...
Tipuware..bukan Tupperware…


Dapat ni pun ok. Saje..suke-suki.

Nota: Pic dah copy dr FB and dah update :)

Thursday, December 22, 2011

CITTA..New Shopping Complex @ Subang...

Terpergi ('ter' bermakna x sengaja yer..) ke tempat nie...CITTA..shopping complex..baru beroperasi..complex yg sgt besar..tapi x byk kedai yg bukak lagi. Masa pergi baru2 nie pun, masuk free. Maklumlah baru lagi..lps ni x tau la bape caj for parking. Jom tgk ape yg ada dan yg bakal ada kat sini..

Kat parking area, anda akan disambut dgn patung2 yg chomel ini..knk2 mesti sukerr..


Ini yg bakal ada kat each floor..

Lain2 kedai..



dan bila dah penat berjalan kat soping kompleks yg besar, mesti haus kann..dan bole mkn kat sini...

Ini jer yg sempat disnap. Dan nmpk gayanya, semua kedai2 yg ada agak 'high class' and utk golongan yg berUANG shj.

Bagi diriku, takat jalan2 n cuci2 mata boleh lah datang ke sini..nak membeli IDOK ler teman. :)

Monday, December 19, 2011

Tonton SONGLAP..Bikin Aku Nak LOLAP...

Antara filem Ombak Rindu yg dikhabarkan dah cecah RM10juta..aku lebih teruja utk tgk Songlap. Malaih ler nak tgk citer yg tangkap leleh nie. Baik tgk citer yg x perlu aku beremosi lebih2. Songlap jadi pilihan. Sokong citer Malaysia beb!

Filem ini dikategorikan utk 18 tahun ke atas shj okehhh. Mmg sesuai sangatlah dikategorikan mcm tu, mmg x sesuai langsung utk kanak2..walaupun pegi dgn parents, tp better x payah bwh anak2 ok. Mmg dr awal sampai akhir...semua benda negative yg tidak sesuai langsung dgn kehidupan org melayu n Muslim.

Cerita mengisahkan 2 org adik beradik nie..saheizy n safwe..

Diaorg ni buat keje haram. Jual baby. Keje ngan sorang nyonya yg diaorg panggil Mama.

Itulah keje diaorg utk tampung hidup. Duit haremmm. Kwn2 pun..drug addict..kaki judi..


*kredit photos to Mr. Google

Ada adegan 18sx. Aishhhh..malaih nak ceritalah. Tak pegi tengok pun tak rugi.

Keseluruhan cerita sgt perlahan. Isu2 yg diketengahkan sgt2 -ve. Rasanya mmg xda unsur +ve pun dlm filem nie. Ending yg takda ending. Maybe producer ada plan utk buat Songlap2. Cuma hujung2 nak abis cerita tu barulah ada aksi2 yg x membosankan. Kredit to all actors and actresses..coz skill acting diaorg sangat2 bagus tapi sayang berlakon utk filem yg tak berapa baik.

*Tonton drama kat TV lagi best dr menghabiskan duit tonton wayang.

Wednesday, December 14, 2011

Kuala Pilah & BR1M...

Apa significannya Kuala Pilah & BR1M?? Apakah bendanya BR1M??

Setiap kali cuti panjang, sbg contoh cuti sempena besday Sultan Sgor baru2 ni..kompem aku akan balik kg. Dan setiap kali balik kg..kompem aku akan g jln2 ke Pekan Kuala Pilah(KP). Baru2 ni abah aku ajak g KP, katanya nak jalan2 n nak beli stok brg2 dapur. Aku pun ok jer.

Kat KP lah cerita BR1M bermula. Kan sekarang sana-sini heboh tentang benda ni. BR1M sama dgn Bantuan Rakyat 1Malaysia. Duit subsidi RM500 akan dibagi kpd keluarga yg berpendapatan kurang dari RM3000.

Yang abah aku pulak, jalan sikit jumpa mmbr2 pencen dia..bla..bla..bla..citer psl BR1M. Dia pun mcm konfiden x konfiden jer. Mcm2 persoalan dia. Boleh mintak ker?? Boleh dapat ker?? Jumpa kwn 1 x heran sgt. Jln2 lagi..jumpa kwn 2..bla..bla..bla..citer benda yg sama. Kwn2 sumer kater..'alaaa mintak jer, cubaaa..dpt x dpt blkg citer'. Tgk muke abah, muke xcited! Ha3..jln2 lg jumpa kwn 3..still ckp benda sama. Kali ni abah terus tanya 'ambik borang kat mana?'. Kwn 3 bgtu 'kat LHDN'. Abah 'LHDN kat mana?'. Kwn 'kat Tabung Haji tingkat 2'. (dialog telah dialih bahasa ke bahasa KL..he3).

Kitaorg pun sambung jln2. Tetiba abah bgtu 'Abah rasa abah nak g ambik la borang tu..'. Dah agak dah!! Mesti dia nak g ambik. Padahal kakak aku dah ambik form tu dah. Aku ikut jer. Kitaorg g LHDN. Sampai sana...punyalah ramai orang..

Nasib baik nak ambik borang x perlu beratur. Ambik dekat guard dia jer. Kitaorg just ambik form. Then keluar. X sanggup nak berhimpit2. Abah pulak, terus g kedai potostat..photostat IC..nmpk sgt keterujaan dia har3. 'Cuba jer' kata dia..kalo dapat alhamdullillah.

Dah settle hal BR1M tu, perut pun lapar. Perkara wajib kalo turun KP ialah..makan ROJAK AYU. Lokasi..dekat ngan pasar KP. Memang femes tmpt nie. Dan rojak dia..best in the world lah..


Berbalik pd kisah BR1M nie. Harap2 kerajaan MSIA ada mekanisma utk pastikan mrk yg layak jer boleh dapat bantuan tu. Sebabnya ramai sgt yg mtk, dan aku jugak dpt info ada yg bergaji RM14k pun apply..camno tu???

*nak cuba gak lah mintak..:)

Friday, December 2, 2011

Sale..Sale..Sale...

Lunch yg panjang pd hari jumaat mmg disukai oleh wanita2 kat opis aku. Har3..it's soping time!!! Nak2 dah hujung tahun..punyalah byk clearance sale..sana-sini buat potongan hage..dan hari ini, aku n kakak2 kat opis nie menerjah 2 tempat yg buat clearance sale..

Pertama kitaorg g Nutrimetics..mmg dekat pun ngan ofis, so kenalah pegi jenguk kan..tgk apa2 yg patut yg boleh dibeli, kdg2 yg x patut pun terbeli sama..

mmg sale giler2..

murah kan?? lepas diskaun 5 hengget jer..masa pegi td takla ramai org sgt, maybe diaorg x tau psl sale nie..jd takla berebut2 kat kaunter..

cekidout apa yg aku rembat..x byk pun, beli brg 5 hengget jer..make-up2 x beli pun sbb stok byk lagi..

Barang 1..ladies wallet, hage asal rm59.90 lps diskaun RM5.. :)

Barang 2..cosmetic bag, hage asal rm29.90..5 hengget jugak, i like tis one!

shantek beg ni, smpi opis trus transfer brg2 make-upku..babai bag lama...ha3, beg sogo jer...

Lepas perabihkan duit dan masa kat sana..balik opislah. tapi on d way balik tu ternampak pulak yg ini..

Byk gaklah jual brg2 elektrik..murah gak lah kot..kot lahh..:)

Antara brg2 yg ada diskaun...ada byk sebenarnya..


Aku tak beli ape2 pun sbb mcm xda kepentingan utk membazirkan duit beli brg2 elektrik, pakai je apa yg sedia ada kat umah. Lepas ni mmg akan byk lagi sykt2 buat clearance sales, sempena ujung tahun, sempena cuti sekolah, sempena krismas pastu sempena tahun baru pulak..mmg kena byk sempena..dan sempena dgn itu pesanan aku BERBELANJALAH DENGAN BIJAK YE KAWAN2! :)